Saturday, October 30, 2004

derma..derma

assalamualaikum...
kalau rasa ade duit sket...leyh ler kasik kat saudara islam kita yg sedang susah.sedekah time ramadhan nih in sya Allah...banyak ganjarannya...

TABUNG MANGSA KRISIS DI TAK BAI, SELATAN THAILAND


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah melancarkan Tabung Tak Bai - ABIM bagi membantu keluarga mangsa yang terbunuh ketika satu demontrasi di Selatan Thailand Isnin lalu. Orang ramai yang ingin menyumbang derma boleh menyalurkan kepada 'Tabung Tak Bai - ABIM' atau melalui Bank Islam (M) Berhad, no. akaun 14-023-01-001121-9

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web ABIM di http://www.abim.org.my Utk cerita ttg tragedi berdarah ini, lawati http://www.terasmelayu.org/mainpage.htm

Thursday, October 28, 2004

~bunga yang cantik, dimana seri dan baunya??~

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."

Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah", maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia. Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewabila dikeji. Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi duniamahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekatdan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sesungguhnya Allah swt Maha Adil... Nescaya disayangi Allah serta makhluk- makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.

Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala- pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka. Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebenar2 nikmat?

Tuesday, October 26, 2004

Jika kamu mahu benar-benar bertaubat


Assalamualaikum semua..

Baru-baru ini seorang sahabat kita pun pergi ke sebuah masjid di shah
alam ini untuk mendengar sebuah ceramah agama. Ceramah itu telah pun
disampaikan oleh seorang doktor yang alim lagi waraq'. Pada mulanya
ceramah ini berasa agak kurang menarik kerana dia beranggapan bahawa ia
lari dari tajuk tetapi setelah agak lama di san barulah dia dapat menghayati
pengisian ceramah beliau.

Jemaah masjid pun semakin memenuhi ruang masjid. Para ibu pun tidak
ketinggalan untuk menyertainya. Begini ceritanya.. Pada suatu malam
kira-kira dalam jam 3.00pagi, doktor ini telah pun dikejutkan oleh satu
panggilan telefon. Kebisingan bunyi telefon itu telah membuatkan doktor
ini bangun lalu menjawap panggilan tersebut. Ternyata ia dibuat dari
hospital dari tempat di bekerja.

Nurse itu memberitahu bahawa ada satu kes kemalangan telah berlaku dan
mangsa sekarang telah pun berada di unit kecemasan dan dia benar-benar
memerlukan khidmat beliau sekarang ini juga. Apabila telah sampai di
hospital,doktor itu mendapati mangsa adalah sorang remaja dalam
lingkungan 18 tahun dan berbangsa melayu. Keadaan dia amat tenat sekali dan
harapan adalah 40-60. tulang pehanya patah, tulangnya telah terkeluar,
tengkuknya patah dan berlaku pendarahan yang teruk di kepala dan kaki.

Namun doktor ini berusaha untuk memasukkan botol darah yang baru untuk
tujuan penggantian,namun ia hanya dapat bertahan hanya sementara
sahaja. Ketika itu keadaan di tidak stabil dan tidak sedarkan diri.Sebelum
itu dia telah muntah dengan banyak dan baunya amat busuk sekali. Setelah
beberapa ketika,remaja terbabit mula membuka mata dan keadaan nya masih
lagi dalam keadaan mabuk. Namun doktor ini segera mendapatkan dia lalu
mula bertanyakan beberapa keadaan untuk memastikan keadaan kepalanya.:


Doktor : dimana awak sekarang?

Remaja : saya rasa di kandang lembu*

Doktor :okey tak pe..( lantas doktor itu terus memberikan satu tuntikan
penenang untuk dia berehat.)

Namun setelah beberapa ketika remaja itu kembali membuka mata dan
doktor itu sekali lagi mengajukan soalan yang sama kepada dia.

Doktor: dimanakah awak berada sekarang?

Mangsa: saya rasa di kandang kuda..

Doktor itu terus bertanya lagi danlagi agar dapat memulihkan keadaannya. Setelah agak lama bertanya,barulah dia mengetahui yang remaja terbabit telah meminum arak sebelum berlumba. Dia berlumba dengan rakan-rakannya pada kelajuaan 180km/j. cukup dengan hanya sebuah motor kriss. Patutla dia muntah tadi..!! bisik doktor itu.. remaja terbabit mendapat kemalangan apabila motorsikalnya tak dapat dikawal lagi kerana terlalu laju lalu melanggar sebuah tembok batu.

Keadaan motorsikalnya amat teruk sehingga terputus-2. sebelum kemalangan itu berlaku,dia telah pun melanggar seorang warga tua yang berusia 80 tahun dan orang tua itu telah pun meninggal di tempat kejadian.. sungguh menyedihkan.. apabila mendengar berita iu dari doktor
berkenaan,remaja itu pun menangis teresak-esak dan benar-benar menyesal diatas apa
yang telah dibuatnya.

Lantas doktor itu bertanya lagi..adakah kamu pernah bersolat sebelum ini.? Lalu dia menjawab yang dia tak pernah solat sejak baligh..masya'Allah. doktor itu tahu yang sekarang ini "time is running out".. so dia mesti berbuat sesuatu sebelum remaja itu pergi mengadap Allah s.w.t yang maha kuasa tanpa sebarang bekalan..iman. Lalu doktor itu cuba menyuruh remaja terbabit untuk mengucap tetapi gagal..

Jam sekarang menunjukkan pukul 5.56 pagi. Tiba-tiba kedengaran azan subuh sayup-sayup kedengaran. lantas doktor itu mengajak remaja itu untuk solat subuh buat kali yang pertama sejak baligh. Lantas dengan bantuan doktor dan jururawat, remaja berkenaan dapat mengambil wuduk secara ala kadar je.

Kemudian doktor itu mengajar dia bersolat dengan menggunakan isyarat mata sahaja. Dan dari situ doktor itu dapat melihat betapa ikhlas dan insafnya remaja itu untuk bertaubat. Ketika itu juga iar matanya tak putus-putus mengalir.

Sebelum itu remaja itu sering kali bertanya kepada doktor, adakah taubat saya di terima Allah?..dengan nada yang sebak. Setelah solat keadaan nya masih lagi kritikal. Sujurus kemudian kedua ibubapanya yang telah bercerai datang. Tiba-tiba remaja itu terus menyalahkan kedua ibu bapanya kerana kerana merekalah dia jadi begini.. so dengan izin Allah s.w.t kedua orang tuanya pun terus mendirikan solat yang mana tak didirikan
sebelum ini.. Maha Suci Allah.. Allah Maha Kuasa.. setelah selasai bersolat, doktor itu pun memberitahu kepada kedua orang tuanya yang anak mereka akan pergi bila-bila masa sahaja.

Dengan itu si ibu pun mendekatkan mulutnya ke telinga remaja itu lalu cuba mengajar dia mengucap kalimah shahadah. Tetapi malang sekali dia tak dapat berbuat demikian.. ini kerana masih ada lagi arak dalam badannya. Nabi s.a.w telah bersabda yang mana tak sempurnalah iman seseorang selama 40 hari jika ada arak dalam badan seseorang.

Lalu doktor itu pun berkata kepada remaja terbabit yang jika kamu mahu benar-benar bertaubat dengan sebenar taubat insya'Allah Allah akan mengampuni kamu.
Remaja itu terus menangis. Dalam lebih kurang jam 6.45 pagi, remaja itu telah enghembuskan
nafasnya yang terakhir. Setelah disahkan kematiannya ,kemudian mayatnya telah
dibawa ke bilik mayat dan doktor itu mengikutnya.

Maha Suci Allah, berlaku satu lagi keajaiban. Lebih kurang ½ jam berlalu tiba-tiba doktor
itu tadi terdengar satu suara yang amat dikenalinya -suara remaja itu tadi. Dia telah dapat mengucap 2 kalimah shahadah. Doktor itu terperanjat dan terus mengalirkan air mata.. Sama-samala kita mengambil pengajaran dan iktibar dari apa yang berlaku..

Nabi s.a.w telah bersabda:
Barangsiapa dapat mengucap dua kalimah shahadah di akhir kalmaya, maka wajib syurga baginya.. sama-samalah kita mengambil sedikit pengajaran dari apa yang telah berlaku pada kawan kita.. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tapi atas kelemahan saya..

Wallahu'alam



Wasslam..


Saturday, October 16, 2004

wake up!!

It was early in the morning at four,
When death knocked upon a bedroom door,
Who is there? The sleeping one cried.
I'm Malaikul Maut, let me inside.
At once, the man began to shiver,
As one sweating in deadly fever,
He shouted to his sleeping wife,
Don't let him take away my life.
Please go away, O Angel of Death!
Leave me alone; I'm not ready yet.
My family on me depends,
Give me a chance,
O please prepense!

The angel knocked again and again,
Friend! I'll take your life without a pain,
Tis your soul Allah requires,
come not with my own desire.

Bewildered, the man began to cry,
O Angel I'm so afraid to die,
I'll give you gold and be your slave,
Don't send me to the unlit grave.

Let me in, O Friend! The Angel said,
Open the door; get up from your bed,
If you do not allow me in,
I will walk through it, like a Jinn.

The man held a gun in his right hand,
Ready to defy the Angel's stand.
I'll point my gun, towards your head,
You dare come in; I'll shoot you dead.

By now the Angel was in the room,
Saying, O Friend! Prepare for you doom.
Foolish man, Angels never die,
Put down your gun and do not sigh.

Why are you afraid! Tell me O man,
To die according to Allah's plan?
Come smile at me,do not be grim,
Be Happy to return to Him.

O Angel! I bow my head in shame,
I had no time to take Allah's Name.
From morning till dusk, I made my wealth,
Not even caring for my health.
Allah's command I never obeyed,
A Ramadan came and a Ramadan went,
But no time had I to repent.
The Hajj was already FARD on me,

But I would not part with my money.
All charities I did ignore,
Taking usury more and more.
Sometimes I sipped my favourite wine,

With flirting women I sat to dine.
O Angel! I appeal to you,
Spare my life for a year or two.
The Laws of Qur'an I will obey,

I'll begin SALAT this very day.
My Fast and Hajj, I will complete,
And keep away from self-conceit.
I will refrain from usury,

And give all my wealth to charity,
Wine and wenches I will detest,
Allah' oneness I will attest.
We Angels do what Allah demands,

We cannot go against His commands.
Death is ordained for everyone,
Father, mother, daughter or son.
I'm afraid this moment is your last,

Now be reminded, of your past,
I do understand your fears,
But it is now too late for tears.
You lived in this world, two score and more,

Never did you, your people adore.
Your parents, you did not obey,
Hungry beggars, you turned away.

In nightclubs, for livelihood they sing.
Instead of making more Muslims,
You made your children non-Muslims.
You ignored the Mua'dhin Adhaan,
Nor did you read the Holy Qur'an.
Breaking promises all your life,
Backbiting friends, and causing strife.
From hoarded goods, great profits you made,
And your poor workers, you underpaid.
Horses and cards were your leisure,
Moneymaking was your pleasure.
You ate vitamins and grew more fat,
With the very sick, you never sat.

A pint of blood you never gave,
Which could a little baby save?
O Human, you have done enough wrong,
You bought good properties for a song.

When the farmers appealed to you,
You did not have mercy, tis true.
Paradise for you? I cannot tell,
Undoubtedly you will dwell in hell.

There is no time for you to repent,
I'll take your soul for which I am sent.
The ending however, is very sad,
Eventually the man became mad

With a cry, he jumped out of bed,
And suddenly, he fell down dead.
O Reader! Take moral from here,
You never know, your end may be near

Change your living and make amends
For heaven, on your deeds depends.
If this poem inspires you,
It can help someone too.

At least take sometime, and do not make it ban
And send it to as many people as you can.
What do you have for your END?
Take Care with: The END


Wednesday, October 13, 2004

Keutamaan bulan Ramadhan

1. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malm yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)


2. Dari Ubadah bin AshShamit, bahwa Rasulullah bersabda:
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan do'a. Allah melihat berlomba-lombanya kama pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu. Karena orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmatAllah di bulan ini. " (HR.Ath-Thabrani, dan para periwayatnya terpercaya). , Al-Mundziri berkata: "Diriwayatkan olehAn-Nasa'i dan Al-Baihaqi, keduanya ari Abu Qilabah, dari Abu Hurairah, tetapi setahuku dia tidak pemah mendengar darinya."


3. Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, bahwa Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam bersabda:
"Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, yaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada aroma kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Surga-Nya lalu berfirman (kepada Surga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang shalih dibebaskan dari beban dan derita serta mereka menuju kepadamu, 'pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lainnya, dan diberikan kepada ummatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar' Jawab beliau, 'Tidak. Namun ovang yang beramal tentu dibevi balasannya jika menyelesaikan amalnya.' " (HR. Ahmad)'" Isnad hadits tersebut dha'if, dan di antara bagiannya ada nash-Nash lain yang memperkuatnya.

Monday, October 11, 2004

assalamualaikum.selami kisah ini..

“Alam yang maha indah ini seumpama sebuah kitabbesar yang terbentang luas di hadapan kita. Didalamnya tertulis perjuangan hidup yang bakalditempuhi setiap manusia. Ada yang bahagia dan adapula yang sengsara. Bagi mereka yang bijaksana,semua itu akan dijadikan sebagai pelita denganmengambil iktibar daripadanya.”

#selepas tamat kelas tafsir di sebuah masjid disini, saya dan kawan2 disapa oleh sheikh. sheikhcerita peristiwa yang berlaku dua hari lepas, dimasjid ini juga, dikelas yang sedang kami gunajuga. "datang dua orang pelajar dari islamic centre, yangberumur lebih kurang sebaya dengan kamu semua, 16,17 tahun. mereka datang untuk belajar bahasa arab,seperti yang kamu juga buat tiga kali seminggu."

sheikh sambung lagi,"saya tanya mereka, apakah agama mereka?mereka jawab Islam. saya tanya lagi, adakah kamu percaya pada Allah? mereka jawab, kami muslim, maka kami MESTI percayapada Allah."time tu, kami semua merasa sedih, pasti mereka jugaseperti kami dulu. tidak tahu dan tiada siapa punyang hendak beritahu.sheikh sambung lagi,"saya tanya, adakah kamu kenal Allah?"jawapan mereka seperti kami dulu,"we dont know Him, because we can't see Him."

+"jadi, bagaimana kamu boleh kata kamu ini islamsedangkan kamu tidak kenal Allah."-"we perform solah, we fasting and do otheribadah."kami tanya, apa yg sheikh sheikh kata, "saya ambil pen knife ni, saya lukakanjari telunjuk awak. apa yang akan berlaku?"pelajar2 itu menjawab,"itu akan membuatkan kami luka dan sakit."sheikh tanya, +"adakah kamu dapat lihat luka tu?"-"sudah tentu kerana ia berdarah."+"adakah kamu dapat lihat sakit itu?"-"mana boleh nampak sakit."+"tapi macam mana kamu tau itu sakit?"-"sebab saya dapat rasa."+"sekarang kamu tahu itu sakit walaupun kamu tidaknampak. jadi, bolehkah kamu percaya perkara yangkamu tidak nampak?"they agreed with sheikh

"jadi Allah, kita tidak nampak dengan mata kasar,tapi kita boleh meyakini, merasai kewujudan Nya."mereka tanya,"bagaimana ya sheikh?""bukankah Al Quran ini disediakan untuk kitamencari jawapan? banyak ayat yang menerangkantentang wujudnya Allah, kebesaran Nya dan banyaklagi, dan selepas itu kita akan mendapati diri kitasudah bukan lagi berkata--> MESTI percaya pada Allah,TETAPI, PERCAYA KEPADA ALLAH."

+"bilamana manusia itu percaya pada Allah keranabenar-benar percaya dan kenal, maka dia berimankepada Allah. bila dia beriman kepada Allah, makadengan sendirinya dia islam (tunduk dan patuh padaAllah) mengerjakan segala suruhan dan tinggalkansegala larangan Allah"+"dan solat, puasa, zakat, haji, dan ibadah2 laintidak lagi menjadi berat kepada mereka."sheikh pesan lagi sebelum kami pulang,"tadi kamu semua dah belajar ayat yang menceritakantentang org2 yahudi dan nasrani yang tahu kebenarantetapi menyembunyikannya, dan mereka itu dilaknatAllah."

"sekarang kamu telah tahu sesuatu yang benar, makasebarkan lah. janganlah simpan untuk diri kamusahaja kerana semua manusia di atas muka bumi iniberhak untuk tahu tentang Islam.""tapi sheikh, kami hanya tahu sedikit?""ingat la anak-anakku, sampaikan walau sepotongayat. kamu sampai kan apa yang kamu belajar padaorg lain. sekiranya tidak tahu, bertanya pada yangtahu. mungkin org yang kamu sampaikan itu lebihfaham dari apa yang kamu faham, dan akan bertambahkefahaman kamu. zalimlah kamu jika kamu juga inginmenyembunyikan kebenaran.

"semoga pengamalan ini memberi makna untuk semua.agak terkilan, kerana tidak tahu lagi bagaimanauntuk menyampaikan dengan lebih baik... mari kita bersama renungkan ayat 56, surah AlAnkabut (yang bermaksud):"Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnyabumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja.O My servants who believe! truly, spacious is MyEarth: therefore serve ye Me, (and Me alone)!"jazakallah

Sunday, October 10, 2004

MAYAT MEMBACA YAASIN


Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia....

Ceritanya begini.... Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput.

Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram). Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.... Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.....

Saturday, October 09, 2004

Suara Yang Didengari Mayat

Suara Yang Didengari Mayat


Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga: Keluarga, Hartanya, Dan Amalnya.

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu Tinggal Bersamanya;

Keluarga Dan Hartanya Akan Kembali

Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Ketika Roh Meninggalkan Jasad...

Terdengar Suara Dari Langit Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia,
Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Harta Kekayaan,
Atau Kekayaan Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia,
Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat
Mengapa Kini Terkulai Lemah
Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih
Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar
Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia
Mengapa Kini Raib Tak Bersuara

Ketika Mayat Siap Dikafan...

Suara Dari Langit Terdengar Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan
Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha Allah
Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan
Nun Jauh Tanpa Bekal
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu
Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh
Pertanyaan."

Ketika Mayat Diusung....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Tobat
Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Dishalatkan....

Terdengar Dari Langit Suara Memekik,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan..
Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau
Lihat Hasilnya Di Akhirat
Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat....

Terdengar Suara Memekik Dari Langit,
"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia
Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
Dahulu Kau Tertawa Kini Dalam Perutku Kau Menangis
Dahulu Kau Bergembira Kini Dalam Perutku Kau Berduka
Dahulu Kau Bertutur Kata Kini Dalam Perutku Kau
Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian....

Allah Berkata Kepadanya,
"Wahai Hamba-Ku.....
Kini Kau Tinggal Seorang Diri
Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
Mereka Pergi Meninggalkanmu..
Seorang Diri Padahal,
Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
Hari Ini,.... Akan Kutunjukan Kepadamu Kasih
Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih
Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya.
Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah
Berfirman, "Wahai Jiwa Yang Tenang Kembalilah Kepada
Tuhanmu Dengan Hati
Yang Puas Lagi Diridhai-Nya Maka Masuklah Ke Dalam
Jamaah Hamba-Hamba-Ku Dan
Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku


Thursday, October 07, 2004

Siapa

Siapa


> > Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

> > Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

> > Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

> > Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

> > Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

> > Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

> > Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


FUTUR

::FUTUR::

* Apabila melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

* Apabila merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

* Apabila diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam beribadah.

* Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah.

* Apabila perasaan cepat dilanda gelisah.

* Apabila suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al¬Qur'an.

* Apabila lalai atau malu mengamalkan zikir.

* Apabila berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

* Apabila menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.

* Apabila kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.

* Apabila terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

* Apabila menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

CARA MERAWAT FUTUR

* Membaca dan merenung kandungan al-Qur'an


"Dan Kami turunkan al - Qur'an sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman" (QS al-Isra:82).

*Merasakan keagungan Allah


---Mengamati dan memikirkan nas-nas al¬Qur'an dan juga ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) lainnya merupakan sarana yang paling bermanfaat untuk mengubati jiwa yang dilanda lemah iman. Antara ungkapan indah dari lbnul Qayyim

*Mendalami ilmu syar'i,


maksudnya ialah ilmu yang mampu menimbulkan rasa takut kepada Allah dan menambah beratnya timbangan iman.

* Mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh
---Muadz bin Jabbal RA pernah berkata kepada seorang laki-laki: "Duduklah bersama kami untuk beriman sejenak (untuk memperbaharui iman)

* Memperbanyakkan amal soleh
---"Bersegeralah kamu kepada ampunan Rabbmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-¬orang yang bertaqwa. ": (QS Ali Imran: 33).

* Tumbuhkan rasa takut su'ul khatimah (kesudahan yang buruk)

* Banyak mengingati Mati

---Mengingati mati juga akan membenteng seseorang dari derhaka kepada Allah manakala hati yang keras boleh berubah menjadi lunak. Tidaklah seseorang itu mengingati mati tatkala dia dilanda kehidupann yang sempit melainkan akan membuatnya menjadi lapang.

* Kepatuhan dan Berlepas Diri

---Ertinya saling tolong-menolong dan patuh terhadap sesama mukmin serta memusuhi dan berlepas diri dari orang-¬orang kafir.

* Memuhasabah jiwa tatkala datang kelemahan
---Menurut Ibnu al- Qayyim, hati itu memiliki dua sikap: menerima dan menolak. Manfaatkanlah dua situasi itu, sama ada ketika ia cenderung menerima dan menolak. Ketika hati cenderung menerima, perbanyakkanlah amal soleh dan ibadah sunnah.

* Menelaah kisah teladan salafussoleh.

www.mihwaronline.com

Tuesday, October 05, 2004

Al Furqan 7 & 8

Al Furqan 7 & 8

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Dan mereka berkata;"Mengapa rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat ,agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?Atau (mengapa tidak) ada kebun baginya,yang dia dapat makan dari hasilnya?".Dan orang-orang yang zalim itu berkata;"Kamu sekelian tidak lain hanyalah mengikuti seorang yang kena sihir".S.Al Furqan 7 & 8

Terjemah singkat Tafsir Ibnu Kathir

Ayat-ayat di atas menceritakan sikap kepala batu orang-orang kafir yang mengingkari kenabian Nabi Muhammad s.a.w. dengan hujjah dan alasan-alasan yang sederhana dan mentertawakan.Akal dan fikiran mereka tidak bisa menerima bahawa seorang rasul utusan Allah itu adalah manusia biasa seperti mereka ,makan makanan,berjalan-jalan masuk keluar pasar untuk mencari nafkah ,tidak mempunyai kekayaan atau harta atau perbendaharaan yang terpendam,tidak pula mempunyai kebun atau ladang yang memberikan hasil kepadanya untuk hidup.Mereka beranggapan menurut fikiran mereka yang picik,bahawa seorang manusia yang diutus sebagai rasul,hendaknya disertai oleh seoarang malaikat untuk membantunya memberi peringatan dan melaksanakan da'wah.Orang-orang kafir itu jika sudah kehabisan akal dan merasa bahawa alasan-alasan mereka yang lemah itu tidak dapat diterima oleh orang-orang yang berakal sihat dan berfikiran waras,maka berkatalah mereka bahawasanya orang yang mengaku dirinya rasul itu adalah orang yang kena sihir yang tidak patut diikuti.

Diterjemahkan oleh;Salim Bahreisy & Said Bahreisy

Nota tambahan dari kuliah tafsir

1. Orang kafir tidak berupaya menolak hujjah Allah,mereka membuat helah dengan mengemukakan soalan-soalan yang menunjukkan lagi kecetekan fikiran dan sikap materialistik mereka.

2. Adalah menjadi hak dan kebijaksanaan Allah untuk memilih orang yang paling sesuai untuk memikul amanahNya sebagai rasul.

3. Allah menjadikan rasul dari kalangan manusia juga.Rasul yang mempunyai keupayaan seperti kita, yang memerlukan makan dan minum,berusaha untuk hidup dan menyampaikan risalahNya.Dia hidup bersama dan seperti manusia biasa,dapat dilihat,berbicara,mempunyai keinginan dan perasaan . Maka rasul dapat memberi contoh tauladan dan kita juga dapat meneladaninya.Mereka insan terpilih yang dikasihi Allah dari orang-orang yang sangat taat, mulia budi pekerti dan amat cinta kepada Allah.

Monday, October 04, 2004

assalamu'alaikum wbt.... kaifa hal sahabat2 seperjuanganku sekalian.. moga kalian sentiasa ditetapkan iman dan dalam pemeliharaan Allah selalu..amin ya rabbal'alamin....

Alhamdulillah..bertemu lagi kit di kesempatan ini..utk menikmati sedikit santapan rohani,insyaAllah... mudah2han iktibar drpdnya..menjadikan kita lebih dekat dgn Allahusubhanahu wataala.... renungkan lah.... kisah mengenai TAWAKKAL SEEKOR SEMUT KEPADA RABBNYA....

Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s bertanya kepada seekor semut,Berapakah rezekimu dlm setahun? Semut menjawab,Sebutir biji gandum. Maka Nabi Sulaiman a.s pun meletakkan semut itu kedalam sebuah botol, dan meletakannya bersama sebutir gandum serta menutup mulut botol itu. Ketika genap satu tahun Nabi Sulaiman a.s membuka mulut botol dan ternyata semut hanya memakan setengah biji gandum. Berkatalah Nabi Sulaiman a.s,Mengapa tidak engkau makan setengah biji yang lain?

Semutpun menjawab,Kerana tawakkalku selalu kepada Allah, maka aku memakan sebutir biji. Sebab Allah tidak akan lupa kepada aku. Tetapi tawakkalku sekarang kepadamu didalam botol ini, maka akupun meninggalkan setengahnya. Aku berkata dalam hati,Jika Nabi Sulaiman lupa kepadaku dalam tahun ini, aku masih dapat makan setengah yang lain pada tahun berikutnya.

Morale of the story: Allah memang sentiasa tidak pernah melupakan hamba-hambanNya, tapi kita yg selalu lalai dan melupakan Pencipta Kita wallahua'lam wassalam

Sunday, October 03, 2004

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN (9)

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN (9)

Rujukan :

1] Budiman Radzi. Fazilat bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadzan. Alor
Setar : Muzakkir Enterprise, 1990.
2] Tafsir Jalalain. Harf.com. URL :
http://quran.al-islam.com/arb/Default.asp
3] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=10249
4] Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - kesahihan
fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=1308
5] Sheikh Atiyah Al-Saqr. Fatwa IslamOnline - Fadilat Rejab. URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=10249
6] Sayyid Sabiq. Fikh Al-Sunnah. Beirut : Al-Fath Lil'alam Al-Arabi,
1995 (cetakan khas dari manar Al-Dauliyah). ms 596.:
7] Prof. Madya Dr. Farid Ahmad Mohd Isa Jalil.
Himpunan hadis-hadis lemah & palsu. Kuala Lumpur : Syarikat
Nurulhas.
8]. Shiekh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa.
Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms. 371.
9] Syiekh Abdul Aziz bin Baaz. Majmu' Fatawa. Riyad : Dar Al-Watan,
1996 ms. 269.
10] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.
Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 591.
11] Abdul Rahman Al-Jaziry. Kitaabu Al-Fikhu a'la al-Mazaahibi Al-
Arba'ah. Dar Al-Manar, 1999. ms447-448
12] Shiekh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline - Puasa Rejab.
URL :
http://www.islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?
hFatwaID=1310
13] Sheikh Mohammad Mutawali Al-Sya'rawi. Al-Fatawa.
Dar Al-Fath Lil-A'lam Al-Arabi, 2000. ms 415
14] Dr Wahbah Zuhaily. Fikh Al-Islami Wa adillatuhu.Damsyik : Dar Al-
Fikr, 1989. ms 595.

Friday, October 01, 2004

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN (8)

KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN (8)


Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada 'role model' atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" [Al-Ahzab - 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.