Monday, April 25, 2005

9 Jenis Pembaziran

"Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan
manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan
tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Wallahu'alam.

semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

Friday, April 22, 2005

Pesanan Imam Syafi'e

Imam Syafie banyak tinggalkan pesanan.IMAM Al-Syafie atau nama sebenarnya,Muhamad bin Idris Al-Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah.

Imam Syafie banyak meninggalkan wasiat, pesanan atau kata-kata yang menjadi pedoman berguna untuk umat manusia, terutama umat Islam. Antara pesanan itu adalah

-Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat dan bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata.
-Kebaikan itu ada pada lima perkara iaitu mampu mengawal diri,menjauhkan diri daripada menyakiti orang lain, menggunakan rezeki yang halal,berserah diri kepada Allah dan menyakini segala kekuasan Allah.

-Imam Syafie ditanya mengenai tabiatnya yang suka menggunakan tongkat,sedangkan beliau tidak uzur. Maka, jawabnya : "Ini bertujuan agar aku sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia hanya sebagai musafir yang pasti akan kembali kepada Allah."

-Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima iaitu benar dalam percakapan, menjaga rahsia, menunaikan segala janji, sentiasa memberi nasihat dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan

-Keredaan manusia sukar untuk engkau capai. Selamat daripada lidah manusia tidak bermakna sudah boleh dianggap mencapai jalan kepada mendapat keredaan mereka. Oleh itu engkau hendaklah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu dan sentiasalah berbuat demikian.

-Sesiapa yang berasa marah, tetapi tidak meluahkannya, maka, dia seumpama keldai. Sesiapa yang reda terhadap sesuatu, tetapi tidak dapat menerimanya,maka dia seperti syaitan yang mana reda dengan ketuhanan Allah, tetapi tidak mahu tunduk pada perintah-Nya Capailah tujuan sesuatu percakapan itu enggan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir.

-Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya.

-Sesiapa yang mahu dipandang baik dan mulia, maka dia hendaklah berbaik sangka terhadap orang lain

Sesiapa yang memberi peringatan dan nasihat kepada rakannya dalam keadaan sembunyi, maka sesungguhnya dia telah menasihati dan memperelokkannya.Sesiapa yang menasihati secara terang, maka dia telah menyakiti dan mengkhianatinya.

Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar di atas segala kesusahan dalam mencapainya

Apabila telah tetap perkara asal dalam hati, maka lidah akan berkata mengenai cabangnya (hasil).

Sesiapa yang mahu kebahagiaan di akhirat, maka dia hendaklah ikhlas dengan
ilmu.

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar

Perdalamkan ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.

Perdalamkan segala masalah ilmu agar ia tidak akan menyempitkan masamu Keelokan orang yang berilmu ialah mulia diri dan kecantikan ilmu pula adalah warak dan berlemah lembut

Sesiapa yang mendakwa bahawa dia mencintai dunia pada masa sama mencintai enciptanya, maka sebenarnya dia telah berbohong.

Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum sama ada sesuatu itu halal atau haram, melainkan dengan ilmu yang dimiliki. Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tiada kemuliaan baginya.

Terlalu mengharapkan kelebihan dunia adalah azab Allah kepada ahli tauhid
(beragama).

Sesiapa yang engkau reda akan menyebut-nyebut (puji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu. Begitulah juga mereka yang engkau marah akan menyebut-nyebut (keji) pada sesuatu yang tiada pada dirimu.Orang berakal ialah mereka yang mana akalnya mampu mengawasi dirinya daripada segala kejahatan

Sekiranya manusia mengetahui keburukan percakapan dan hawa nafsu, maka mereka akan melarikan diri daripada kedua-duanya seperti mereka melarikan diri daripada harimau.

Bagi akal itu ada penghujungnya, bagi sabar itu juga ada penghujungnya.

sesiapa yg menyimpan rahsianya maka kebaikan berada di tangannnya.

Wednesday, April 20, 2005

~Muhasabah~

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
30." Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi." (al-Baqarah)

2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?
“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(an-Noor-55)

3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?
56."Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu" (adz-Dzaariyat)
115-116." Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia" (al-Mukminun)

4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?
"Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam" (al-An'am)

5. APAKAH ITU KEBENARAN?
30. "Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar" (Luqman)

6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN...KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?
9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Yaasin)

7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA.....TAPI...SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;" (al-Mukminun)
102. Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.
71.Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan (al-Ahzab)

8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya." (al-Baqarah)

9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?---(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
2. "Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (al-Mukminun)

10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAHUANKU.JADI, CAMNE TU?
29. "Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah" (at-Taqwir)
216." Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah)

11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.
28.“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.”(Ar-Rad)
" Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (ygMenyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya" (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.
71. Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya. ( Al- Mukminun )
42. "Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." (at-taubah)

13. AKU MEMPUNYAI MINDSET BAHAWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK 'HAPPENING' DAN MENYUSAHKAN.
2-3. "Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah) (Thahaa)
82. "Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yangberiman"(al-Isra')

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?
139. "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman"(ali-Imran)

Monday, April 11, 2005

A Woman's Reflection on Leading Prayer

A Woman's Reflection on Leading Prayer
by Yasmin Mogahed
(Friday 25 March 2005)


On March 18, 2005 Amina Wadud led the first female-led Jumuah (Friday) prayer. On that day women
took a huge step towards being more like men. But, did we come closer to actualizing our God-given
liberation?

I don’t think so.

What we so often forget is that God has honored the woman by giving her value in relation to
God?not in relation to men. But as western feminism erases God from the scene, there is no standard
left?but men. As a result the western feminist is forced to find her value in relation to a man.
And in so doing she has accepted a faulty assumption. She has accepted that man is the standard,
and thus a woman can never be a full human being until she becomes just like a man?the standard.

When a man cut his hair short, she wanted to cut her hair short. When a man joined the army, she
wanted to join the army. She wanted these things for no other reason than because the “standard”
had it.

What she didn’t recognize was that God dignifies both men and women in their distinctiveness--not
their sameness. And on March 18, Muslim women made the very same mistake.

For 1400 years there has been a consensus of the scholars that men are to lead prayer. As a Muslim
woman, why does this matter? The one who leads prayer is not spiritually superior in any way.
Something is not better just because a man does it. And leading prayer is not better, just because
it’s leading. Had it been the role of women or had it been more divine, why wouldn’t the Prophet
have asked Ayesha or Khadija, or Fatima?the greatest women of all time?to lead? These women were
promised heaven?and yet they never lead prayer.

But now for the first time in 1400 years, we look at a man leading prayer and we think, “That’s not
fair.” We think so although God has given no special privilege to the one who leads. The imam is no
higher in the eyes of God than the one who prays behind.

On the other hand, only a woman can be a mother. And God has given special privilege to a mother.
The Prophet taught us that heaven lies at the feet of mothers. But no matter what a man does he can
never be a mother. So why is that not unfair?

When asked who is most deserving of our kind treatment? The Prophet replied ‘your mother’ three
times before saying ‘your father’ only once. Isn’t that sexist? No matter what a man does he will
never be able to have the status of a mother.

And yet even when God honors us with something uniquely feminine, we are too busy trying to find
our worth in reference to men, to value it?or even notice. We too have accepted men as the
standard; so anything uniquely feminine is, by definition, inferior. Being sensitive is an insult,
becoming a mother?a degradation. In the battle between stoic rationality (considered masculine) and
self-less compassion (considered feminine), rationality reigns supreme.

As soon as we accept that everything a man has and does is better, all that follows is just a knee
jerk reaction: if men have it?we want it too. If men pray in the front rows, we assume this is
better, so we want to pray in the front rows too. If men lead prayer, we assume the imam is closer
to God, so we want to lead prayer too. Somewhere along the line we’ve accepted the notion that
having a position of worldly leadership is some indication of one’s position with God.

A Muslim woman does not need to degrade herself in this way. She has God as a standard. She has God
to give her value; she doesn’t need a man.

In fact, in our crusade to follow men, we, as women, never even stopped to examine the possibility
that what we have is better for us. In some cases we even gave up what was higher only to be like
men.

Fifty years ago, society told us that men were superior because they left the home to work in
factories. We were mothers. And yet, we were told that it was women’s liberation to abandon the
raising of another human being in order to work on a machine. We accepted that working in a factory
was superior to raising the foundation of society?just because a man did it.

Then after working, we were expected to be superhuman?the perfect mother, the perfect wife, the
perfect homemaker?and have the perfect career. And while there is nothing wrong, by definition,
with a woman having a career, we soon came to realize what we had sacrificed by blindly mimicking
men. We watched as our children became strangers and soon recognized the privilege we’d given up.

And so only now?given the choice?women in the West are choosing to stay home to raise their
children. According to the United States Department of Agriculture, only 31 percent of mothers with
babies, and 18 percent of mothers with two or more children, are working full-time. And of those
working mothers, a survey conducted by Parenting Magazine in 2000, found that 93% of them say they
would rather be home with their kids, but are compelled to work due to 'financial obligations'.
These ‘obligations’ are imposed on women by the gender sameness of the modern West, and removed
from women by the gender distinctiveness of Islam.

It took women in the West almost a century of experimentation to realize a privilege given to
Muslim women 1400 years ago.

Given my privilege as a woman, I only degrade myself by trying to be something I’m not--and in all
honesty--don’t want to be: a man. As women, we will never reach true liberation until we stop
trying to mimic men, and value the beauty in our own God-given distinctiveness.

If given a choice between stoic justice and compassion, I choose compassion. And if given a choice
between worldly leadership and heaven at my feet?I choose heaven.

Sunday, April 10, 2005

Twenty Causes of Forgiveness of Future Sins

Twenty Causes of Forgiveness of Future Sins
Dr. As-Sayyid bin Husayn al-`Affani

From "Al-Bihaar az-Zaakhirah fee Asbaab al-Maghfirah"
Translation by Islaam.com

"That is the grace of Allah which He bestows on whom He pleases. And Allah is the Owner of Great Bounty." [57:21]

1. Perfecting one’s ablution

“No worshipper perfects his ablution except that his past and future sins are forgiven.” [Hasan, al-Bazzaar. Al-Haythami and al-Mundhiri agreed.]

2. Fasting the month of Ramadan with belief and seeking Allah’s reward

"Whoever fasts Ramadhan out of Iman and seeking Allah’s reward then his past and future sins are forgiven." [Hasan, Ahmad. Declared Hasan by adh-Dhahabi, as mentioned in al-Mughni (5876).]

3. Performing the night prayer in Ramadan with belief and seeking Allah’s reward

"Whoever stands (in prayer) in Ramadan out of Iman and seeking Allah’s reward then his past and future sins are forgiven." [Saheeh. an-Nasaa’i.]

4. Performing the night prayer on the Night of Qadar with belief and seeking Allah’s reward

"It (Laylatul-Qadr) is in Ramadan, and expect it in the last ten days; it is on an odd night: on the 21st, or the 23rd, or the 25th, or the 27th, or the 29th, or on the last night (of Ramadan). He who performs the night prayer on it out of belief and seeking Allah's reward his past and future sins are forgiven." [Narrated by Ahmad. There is a difference of opinion among scholars regarding this hadeeth, some declaring it weak and some Hasan. Al-Hafidh Ibn Hajr said in Al-Fath (4/116), "This addition – meaning, 'and future (sins)' – is also in `Ubadah bin as-Samit's Hadeeth, in (the Musnad of) Ahmad, in two narrations. Its chain is Hasan and it is supported by the previous chain."]

5. Praising and thanking Allah after eating and putting one’s clothes on.

“Whoever ate a food and then said, ‘Praise be to Allah who has fed me this food and provided it for me, without any strength or power on my part’, is forgiven his past [and future*] sins. And whoever wears a garment and says, ‘Praise be to Allah who has clothed me with this (garment) and provided it for me, without any strength or power on my part’, is forgiven his past and future sins.” [Ibn Majah, Abu Dawud, at-Tirmidhi, an-Nasa’i, al-Bukhari in al-Kabeer, al-Hakim, ibn Sunni and Ahmad. The addition marked by (*) is related by Abu Dawud. Shaykh Al-Albani declared the hadeeth Hasan in Saheeh al-Jaami` (6086) and in al-Irwaa’ (1989). He said in al-Irwaa’, “Such a hadeeth causes hesitation between making it Hasan (good) and Da`eef (weak). Maybe the first one is closer to be the truth, because those who made it weak didn’t explain it and didn’t explain the reason for its weakness. Allah knows best.”]

6. Getting old in Islam

“No one reaches forty years in Islam except that Allah protects him from madness, leprosy and leucoderma. When he is fifty, Allah makes easy his reckoning. When he reaches sixty, Allah grants him repentance. And when he reaches seventy, Allah loves him and the inhabitants of the heavens love him. And when he reaches eighty, Allah accepts his good deeds and overlooks his sins. When he reaches ninety, Allah forgives his past and future sins, he is named ‘the prisoner of Allah on earth’ and is granted intercession (for forgiveness) for his family.” [Hasan, Ibn `Asakir. Ahmad Shakir said in his notes to Al-Musnad (8/23,25): “Its chain is at least Hasan. It is supported with other chains which raise it to the level of Saheeh.”]

7. Leaving the following: performing ruqya (curing with Qur’an), seeking having ruqya performed on one, cauterization, believing in bad omens.

Narrated Ibn ‘Abbas, radhiallahu `anhu: Allah’s Messenger, sallallahu `alayhi wa sallam, said, “…I was told: ‘These are your people and amongst them there are seventy thousand who shall enter Paradise without being taken to either account or torment.’ …'They are those who do not make Ruqya nor seek it, nor believe in bad omens, but trust in their Lord (Allah).'” [Bukhari and Muslim]

8. Whose two or three children die and he remains patient

“Whoever buries three children, Allah will forbid the Fire for him.” [Saheeh, Tabarani in al-Kabeer, Al-Albani authenticated it in Saheeh Al-Jaami` (6238)]

“There are no two Muslim parents whose three children die before reaching puberty except that Allah will enter them into Paradise due to His mercy to the children. It will be said to them, “Enter the Paradise”, so they will say, “Not until our parents enter first”. It will be said, “Enter the Paradise you and your parents.” [Ahmad, an-Nasaa’i, and Al-Albani authenticated it in Saheeh al-Jaami` (5780)]

“’Whoever iHtasaba (remains content and patient after the death of) three of his offspring will enter Jannah.’ A woman said, ‘What about two?’ He said, ‘And two’”. [Saheeh, an-Nasaa’i, Ibn Hibban, authenticated by al-Albani in Saheeh al-Jaami` (5969)]

“To no woman three children die and she remains patient and content, except that she will enter Jannah. Or two (children).” [Muslim]

9. Who raises three daughters or sisters and is nice to them

“There is no one from my Ummah who takes care of three daughters or three sisters, and is nice to them, except that they will be a veil (protection) for him from the Fire.” [Saheeh, al-Bayhaqi and Al-Bukhari in Al-Adab, authenticated by Al-Albani in Saheeh Al-Jaami` (5372)]

10. Defending the honor of a Muslim

“Whoever defends the honor of his brother in absence has the right over Allah to be freed from the Fire.” [Saheeh, Ahmad, al-Tabarani. Authenticated by Al-Albani in Saheeh al-Jaami` (6240)]. Al-Manaawi commented, “’Whoever’ is limited to other than the disbeliever and public wrongdoer.” [Fayd al-Qadeer 6:136]

11. Sincerity to Allah

No servant who says ‘la ilaha ill Allah’, seeking the pleasure of Allah, will reach the Day of Judgment, except that Allah will forbid the Fire for him. [Ahmad, al-Bukhari] Hafidh Ibn Hajr said, “It’s not like that (i.e. not entering the Fire at all) for everyone who believed in tawheed and worshipped, but it is specific for the sincere, and sincerity (ikhlas) requires the realization of its meaning by the heart. One cannot imagine that the heart will reach that while persisting upon sins, as the heart would be filled with the love and fear of Allah, whereupon limbs will embark upon obedience and leave disobedience.”

12. Crying out of fear of Allah

“No man who cried out of fear of Allah will enter the Fire until the milk returns to the udder, and dust in the path of Allah (jihad) and the smoke of the Fire cannot go together.” [Ahmad, at-Tirmidhi, an-Nasaa’i and Hakim who authenticated it. Authenticated by Al-Albani in Saheeh al-Jaami` (7778)]

13. Performing the prayer in congregation for forty days while reaching the opening takbeer

“Whoever prays to Allah for four days in congregation, reaching the opening takbeer, will have two written for him: freedom from the Fire and freedom from hypocrisy.” [Hasan. at-Tirmidhi, declared Hasan by al-Albani in Saheeh al-Jaami` (6365)]

14. Being consistent in praying four rak`ats before Dhuhr and after it

“Whoever is consistent in praying four units of prayer before Dhuhr and four after it, Fire will be forbidden for him.” [Saheeh. Abu Dawood, An-Nasaa’i, at-Tirmidhi, Ibn Majah, al-Hakim who authenticated it. Al-Albani authenticated it in Saheeh al-Jaami` (6195)]

15. Being consistent in praying before sunrise and before sunset.

“No one will enter Fire who prays before sunrise and after sunset.” [Ahmad, Muslim, Abu Dawud, an-Nasaa’i] Meaning, Fajr and `Asr prayers.

16. Dust of Jihad

“The dust of Jihad and the smoke of the Fire will never coexist within a servant, and greed and Iman will never coexist in the heart of a servant.” [Saheeh. An-Nasaa’i and al-Hakim in al-Mustadrak. Authenticated by al-Albani in Saheeh al-Jaami` (7616)]

17. Killing a mushrik in war

“A kafir and one who killed him will never be together in the Fire.” [Muslim, Abu Dawud]

18. Good character

“Whoever is easy-going, easy to deal with and kindhearted, Allah will forbid the Fire for him.” [Saheeh. Al-Hakim in al-Mustadrak, al-Bayhaqi, at-Tabarani. Al-Albani authenticated it in Saheeh al-Jaami` (6484)]

19. Freeing slaves

“Whoever frees a believing slave it will be his salvation from the Fire.” [Saheeh. Ahmad, Abu Dawud, an-Nasaa’i. Authenticated by al-Albani (6050)]

20. Salat ut-Tasbeeh (Tasbeeh Prayer)

There is an unusual difference of opinion about this one. Scholars have greatly differed about the authenticity of the relevant narrations, with their rulings ranging from fabricated to authentic. In a narration, Al-Mustamir ar-Rayan relates, “Whoever prays it will be forgiven his past and future sins, what he did secretly and what he did openly.” [Mentioned by Ibn Hajar in Ma`rifat al-Khisal al-Mukaffirah, p. 48, who said it was Hasan due to supporting narrations. Allah knows best.]

[link]

Tuesday, April 05, 2005

Di sebalik April Fool's Day..

Walaupun 1 April telah berlalu, ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama...

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan dahulu,penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Akuceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu,giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untukbertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.