Tuesday, October 24, 2006

Ramadhan's Diary - Quality Ending + Another Beginning

Ramadhan's Diary - Quality Ending + Another Beginning

to end

maqbul insyaallah. tiada lain pengharapan kecuali diterima segala usaha ibadat yang ku kira tak seberapa sepanjang ramadhan kali ini. telah sedaya upaya perubahan ku lakukan agar sekurang2nya, adanya perubahan dalam diri ini buat bekalan meningkatnya kualiti diri bagi bulan mendatang. paling sedikitpun juga, doa-doa ku maqbul. pengampunan buat diri dan keluargaku, sahabat2ku.. malah, seluruh umat islam.

وعن أبي هريرة رضي الله عنه، أن النبي صلى الله عليه وسلم صعد المنبر فقال: آمين ، آمين، آمين . قيل يا رسول الله إنك صعدت المنبر فقلت آمين آمين آمين فقال إن جبريل عليه السلام أتاني فقال من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله قل آمين فقلت آمين

Abu Hurairah r.a berkata: “Sesungguhnya Nabi s.a.w telah naik ke mimbar sambil berkata: Amin! Amin! Amin! Seseorang telah bertanya: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau telah naik ke mimbar sambil sambil mengucapkan amin sebanyak tiga kali. (Mengapa?). Jawab baginda: Sesungguhnya Jibril a.s. telah datang kepadaku lalu berkata: Sesiapa yang sempat mendapatkan bulan Ramadan tetapi ALAH tidak mengampunkan dosanya dia pasti dihumbankan ke neraka dan dijauhkan daripada ALLAH (pada hari kiamat). Dia perintahkan aku agar menyebut amin lalu aku pun mengucapkan amin.” – Hadis riwayat Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan diklasifi kasikan sebagai hasan sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Taghrib wa al-Tarhib, no. hadis (997). Juga diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Kitab al-Adab al-Mufrad.


introspeksi diri.

seharusnya sekarang masa untuk menilai kembali. adakah dengan berlalunya ramadhan, maka berakhirlah kembara mujahadah buat mencari bekalan menghadapiNya? seolah2 pengertian eid disalah tafsir sebagai tamatnya satu pusingan yang memenatkan. ye ke? pastinya tidak. bahkan mustahil bagi mereka yang berjaya menghayati keindahan di laman ramadhan itu sendiri. betapa taksubnya mereka untuk mendekati sunnah rasulullah, tanda cinta yang hakiki. agar kelak diterima sebagai ibadah ikhlasan dan tepat menurut jalan nabi shallallahu 'alahi wa sallam.


eid ul-fitr

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillahi al-Hamd!
satu pagi di hari raya. satu dari dua hari raya semata2 kurniaan Allah istimewa buat umatnya.

عن أنس قال قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر

dikhabarkan oleh Anas bin Malik radhiallahu 'anh, dia berkata: Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua Hari Raya yang pada keduanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliyyah, maka baginda bersabda: "Aku datang kepada kalian sedangkan kalian memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Dan sesungguhnya Allah telah menggantikan keduanya dengan yang lebih baik iaitu Hari Raya `Ied al-Adha dan `Ied al-Fithri." (Hadis riwayat Imam al-Nasa'i, di dalam Sunan al-Nasa'i, Kitab al-Sholah, hadis no: 959)

lafaz takbir membasahi bibir. memuji kebesaran ilahi. sungguh maha kuasa Allah memberikan nikmat tak terhingga buat umat islam. senyuman terukir pada wajah2 berseri di pagi eid pastinya memeriahkan lagi suasana pagi hari raya. ditambah ucapan ampunan dan maaf menyejukkan sebarang kusam di hati demi ukhuwah islami.

taqabballahu minna wa minkum.


what's up next?

terserah masing2 memutuskan bagaimana perancangan kualiti hari2 kemudian. yang pasti, matlamat ukhrawi tetap satu. dan tak terlupakan, puasa 6 hari di bulan syawal bakal menyusul. ganjaran puasa setahun dijanjikan setelah sebulan berpuasa di bulan ramadhan.

Telah diriwayatkan daripada Abu Ayyub al-Ansori r.a.

من صام رمضان ثم أتبعه ستًا من شوال فكأنما صام الدهر كله

Maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya 6 hari dalam bulan Syawal. Seolah-olah dia berpuasa satu tahun semuanya." (Riwayat Muslim dalam bab Puasa - 1164. Abu Daud - 2433, at-Tirmizi - 759 dan Ibn Majah 1716)

tidak henti2 peluang diberikan. betapa kasih dan rahmatNya terbukti luas.


exam?

tidak pernah jera dari kehidupan sebagai pelajar berhadapan dengan ujian dan peperiksaan. nyatanya, ini adalah sebahagian dari usaha kita untuk menempatkan diri di kalangan masyarakat agar mudah diterima dalam rangka mengembangkan usaha atas iman dan amal. usaha ke arah tajdid pemikiran.

semoga allah memberikan taufiq dan hidayahnya dalam menempuh musim peperiksaan buat sahabat2 mahasiswa di seluruh dunia. taufiq wan najah ma'akum. insyaallah.

الله أعلام


p/s: ingin tahu tentang puasa 6 Syawal..,
1- keutamaan puasa 6 syawal
2- hukum dalam puasa 6 hari bulan syawal
3- Persoalan2:-
belum habis qadha boleh puasa 6?

kena direct straight/non-stop ke puasa 6 nie?

Monday, October 16, 2006

al-Qardhawi melancarkan kempen "Rahmat kpd seluruh Alam"

(..dipetik dari ipaq..)

Doha - 12-10-2006 - (ringkasan dari Laman al-Qaradhawi)


"Umat ini tidak akan mati, dan ini adalah permulaan... Umat ini tidak akan menghampakan kita, dan kita akan berterusan. Islam akan kekal selama mana Allah kekalkannya. Bagaimana boleh hilangnya Islam dan Umat Muhammad yang kekal itu!? Islam agama agung yang dibantu dan mempunyai masa depan. Sesungguhnya kewajipan kita hari ini ialah menyokong projek umat ini agar kita membuktikan kewujudannya, seungguhnya ia akan gemilang, Fajar muncul kembali setelah bergelumang didalam kegelapan...."

Ini merupakan ucapan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi di Doha pada hari Rabu, Oktober 11, semasa melancarkan tabung kewangan untuk aktiviti memprojekkan imej Islam dan Nabi Muhammad :saw kepada Barat didalam pelbagai bahasa. Projek ini dinamakan "membawa Rahmat kepada seluruh Alam".

Didalam pelancaran khas di ibu kota Qatar telah memperlihatkan nilai sebanyak 10 juta Qatar Riyal telah didermakan, termasuklah didalamnya barang-barang kemas, saham-saham dan tanah.

Seorang peniaga Saudi telah menderma sebanyak 2 juta riyal dan seorang wanita melalui talipon telah menderma sekeping tanah yang bernilai 2 juta riyal. Ramai dikalangan wanita yang hadir telah membuka perhiasan mereka yang merupakan kalung emas dan berlian, didermakan kepada kempen tersebut.

Naib Ketua Majlis (Badan kebajikan al-Balagh) tersebut, Syeikh Ali Muhyidin al-Qurah Daaghi menjelaskan bahawa cita-cita mereka adalah untuk mewujudkan stesyen TV satelite didalam pelbagai bahasa dengan tujuan membetulkan imej salah tanggap mereka terhadap Islam dan Nabi yang mulia.

Idea projek "Rahmatan Lil'Alamin" ini merupakan respon kepada krisis kartun anti-Nabi tahun lepas. 12 kartun, termasuk salah satunya lukisan yang menunjukkan Nabi memakai serban berbentuk bom, yang telah diterbitkan oleh suratkhabar Denmark Jyllands-Posten pada tahun 2005 dan disiarkan kembali oleh suratkhabar Eropah yang mendakwa sebagai pendokong kebebasan bersuara.

Lukisan tersebut telah membangkit kemarahan umat Islam seluruh dunia dan terjadi juga tunjuk perasaan yang ganas. Seterusnya peristiwa ini telah membangkit sebilangan umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Barat melancarkan projek memberi kesedaran terhadap kemuliaan dan akhlak Nabi Muhammad :saw.

Sunday, October 08, 2006

Mari Menghidupkan Sunnah, Mari Beri'tikaf!

Aslm WBT.

Ramadhan dah sampai separuh purnama, jom apa lagi, tak lama nanti dah nak dekat sepuluh akhir Ramadhan. Meh kita sama-sama hidupkan sunnah yang semakin hilang di bulan Ramadhan.

Mari beri'tikaf. Selamat membaca artikel-artikel tentang I'tikaf
Soal jawab tentang i'tikaf (al-ahkam.net)
Pengenalan Tentang I'tikaf
Bolehkah I'tikaf selian daripada 3 masjid?

+hadis pilihan=)
"Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar dengan keimanan dan penuh mengharap,maka diampuni dosanya yang lalu "(Hadits Riwayat Bukhari "Kitab Iman" Bab Sunnah Shalat Bulan Ramadhan Termasuk Dari Iman (37). Dan Muslim "Shalat Musafirin" Bab Hasungan Untuk Shalat Bulan Ramadhan (173)).

"Carilah Lailatul Qadar pada hari ganjil di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan" (Hadits Riwayat Bukhari Dalam "Shalat Tarawih" Bab Mencari Lailatul Qadar Pada Malam Ganjil Dari Sepuluh Malam Terakhir (1913). Dan Muslim Dalam "Shiyam" Bab Keutamaan Lailatul Qadar (1169))